Tuesday, November 10, 2020

PENGURUSAN GRAFIK

 

Jenis-jenis Pengurusan Grafik

 

1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

 

-           Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan.

-          Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.

 

2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori.

-          Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.

 

             3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan.

 

-          Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.

-           Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap  bahagian itu  berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

 

              4) Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat.

 

-            Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.

-           Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.

 

                5) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian.

 

-             Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuanmengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan.

-            Kemahiran ini boleh dilakukandengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.

 

Kepentingan pengurusan grafik

1.   Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.

2.   Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.

3.   Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.

4.   Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.

5.   Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.

6.   Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.

7.   Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran, pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.

8. merancang dan Menyusun idea

9.memahami proses pemikiran

10. meningkatkan daya ingatan

11. melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk tersurat





No comments:

Post a Comment

PENGURUSAN GRAFIK

  Jenis-jenis Pengurusan Grafik   1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.   -             Pengurusan grafik ini amat berguna un...