Jenis-jenis Pengurusan Grafik
1) Pengurusan Grafik Membanding dan
Membeza.
-
Pengurusan grafik ini amat berguna untuk
mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan
mengelirukan.
-
Ia
boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan
di antara dua konsep atau tajuk.
2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori.
-
Dengan
berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan
klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk
menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.
3) Pengurusan Grafik Meneliti
Bahagian Kecil dan Keseluruhan.
-
Kemahiran
ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam
suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan
bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan.
-
Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada
keseluruhan dan bagaimana setiap
bahagian itu berfungsi, maka ia
akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.
4) Pengurusan Grafik Meramal
Kesan dan Akibat.
-
Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat
ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu
berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.
-
Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh
digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.
5) Pengurusan Grafik Mengusul
Periksa Andaian.
-
Memeriksa sesuatu andaian, sebelum
bertindak. Bertujuanmengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan.
-
Kemahiran ini boleh dilakukandengan cara
pengurusan lisan atau pengurusan grafik.
Kepentingan
pengurusan grafik
1. Tujuan mempelajari sesuatu kandungan
pelajaran lebih jelas.
2. Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk
difahami dan dilakukan.
3. Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan
menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.
4. Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan
kreatif.
5. Menjadikan kandungan pelajaran lebih
bermakna.
6. Pelajar terlibat secara aktif dalam
mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
7. Mengawal proses pemikiran yang bersesuain
dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran, pelajar dibimbing
untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis ini
digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar
mengisi borang-borang pengurusan grafik.
8.
merancang dan Menyusun idea
9.memahami
proses pemikiran
10.
meningkatkan daya ingatan
11.
melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk tersurat
